Permatang pasir 2009. Memang sudah menjadi kewajiban, tugas seorang pemimpin khususnya yang sudah bergelar YB akan turun pada untuk mendengar segala rintihan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat.Lantaran itu, YB Ustz.Yaakob bin Hussin, ADUN Bandar Baharu mengambil inisiatif bersama-sama dengan agensi kerajaan seperti, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pengairan & Saliran serta Jabatan Pertanian turun ke kawasan di bawah DUN Bandar Baharu mengadakan sesi dialoq dengan penduduk-penduduk setempat.Dalam sesi dialoq tersebut, banyak masalah telah diajukan kepada YB.Antaranya masalah banjir, gelanggang permainan, masalah perumahan dan bantuan kepada fakir miskin. Menurut, Saifudin Mohamed (MKK Permatang Pasir) langkah YB turun padang wajar diberi pujian. Beliau berharap majlis dialoq ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
Mantan ketua Wanita Umno Pmtg Pasir...Cik Kiah
YB. Yaakob Hussin sedang memberi ucapan.
Pengacara....MindamudaMuslimat juga turut hadir.
Antara mereka yang hadir.