Tidak dapat dinafikan golongan pemuda merupakan tunggak kekuatan sesebuah parti. Andaikata pemuda tidak menunjukkan komited yang tinggi terhadap perjuangan parti nescaya matlamat dan cita -cita itu tidak mungkin akan tercapai. Justeru itu dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini, pendekatan untuk menarik rakyat dalam memahami satu-satu matlamat perjuagan akan menjadi lebih sukar sekiranya golongan pemuda tidak dibekalkan dengan ilmu yang mencukupi. Ilmu itu seharusnya menjurus dengan perkembangan semasa khususnya yang berrkaitan teknologi maklumat.Ledakan maklumat yang pantas terutamanya pengunaan internet memberi ruang yang cukup luas kepada pemuda untuk menerokainya sebanyak mungkin. Media massa sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi minda masyarakat. Oleh itu, sejarah membuktikan bahawa keutuhan sesebuah kerajaan itu sebenarnya bergantung kepada media massa yang dikuasainya. Secara ironinya saluran media massa ini sebagai alat propaganda dalam usaha untuk mengekalkan kuasanya.
Olehitu, penguasaan internet secara tidak langsung menjadi alternatif kepada penyebaran maklumat untuk disampaikan kepada masyarakat yuang sudah sangsi dengan media arus perdana. Dari sinilah pemuda perlu harus mengambil peluang ini untuk menjadi interrnet sebagai saluran utama dan sedayaupaya mengubah minda masyarakatv supaya beralih kepada internet sebagai media rasmi yang lebih telus.
Tuesday, February 25, 2003
Subscribe to:
Comments (Atom)