Sunday, January 10, 2010

LUANG MASA KE MAJLIS FORUM

Bandar Baharu 8 Januari 2010. Walaupun sibuk dengan tugas rasmi sebagai ADUN Bandar Baharu, Ustaz Yaakob Bin Hussain sempat meluangkan masa untuk menghadiri Program Forum Perdana anjuran Persatuan penduduk Taman Berlian Indah yang diadakan di dataran Masjid Al-Halimi Bandar Baharu. Kehadiran beliau ke program tersebut, sekurang-kurangnya menangkis tohmahan setengah-setengah individu yang mengatakan beliau agak jarang turun ke kawasan di bawahnya sejak kebelakangan ini. Dalam pada itu juga, beliau sempat meninjau bilik operasi KRT Bandar Baharu dan meninjau masalah-masalah yang mungkin timbul berkaitan
dengan badan sukarela tersebut. Bertanya khabar kepada ketua KRT Bandar Baharu,Cikgu AzuanMenjamu selera
Menjadi Tetamu Jemputan

Bersama dengan MKK Tebuk Mad Rashid sebelum majlis bermula



Sunday, September 27, 2009

YB BANDAR BAHARU TURUN PADANG

Permatang pasir 2009. Memang sudah menjadi kewajiban, tugas seorang pemimpin khususnya yang sudah bergelar YB akan turun pada untuk mendengar segala rintihan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat.Lantaran itu, YB Ustz.Yaakob bin Hussin, ADUN Bandar Baharu mengambil inisiatif bersama-sama dengan agensi kerajaan seperti, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pengairan & Saliran serta Jabatan Pertanian turun ke kawasan di bawah DUN Bandar Baharu mengadakan sesi dialoq dengan penduduk-penduduk setempat.Dalam sesi dialoq tersebut, banyak masalah telah diajukan kepada YB.Antaranya masalah banjir, gelanggang permainan, masalah perumahan dan bantuan kepada fakir miskin. Menurut, Saifudin Mohamed (MKK Permatang Pasir) langkah YB turun padang wajar diberi pujian. Beliau berharap majlis dialoq ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Mantan ketua Wanita Umno Pmtg Pasir...Cik Kiah


YB. Yaakob Hussin sedang memberi ucapan.




Pengacara....Mindamuda
Muslimat juga turut hadir.

Antara mereka yang hadir.



Friday, August 14, 2009

RAMADAN DATANG LAGI...




SEMOGA RAMADAN KALI INI PENUH BERMAKNA......



ORGANISASI PAS CAW.BANDAR BAHARU/PERMATANG PASIR

PENGERUSI
TN HJ.YUSUF BIN IJAT

TIM.PENGERUSI
SAIFUDIN BIN MOHAMED

SETIAUSAHA
ROSLAN LOD

BENDAHARI
YAHAYA SHAFIE

YB.USTZ. YAAKOB HUSSIN (ADUN BANDAR BAHARU) TURUN PADANG

TEMPAT : PERKARANGAN MASJID BANDAR BAHARU
MASA : 3.00 PETANG
TARIKH : 16 OGOS 2009

MAI JGN TAK MAI NOOO...

Thursday, May 28, 2009

SOKONG WAJIB BERSEKONGKOL HARAM

Tergangga luas mulutku bila aku dapat jawapan dari sahabatku. Otakku berputar-putar mencari apakah sebenarnya maksud yang dimaksudkan itu. Berbalik pada soalanku sebelum jawapan dari sahabatku. Apakah hukum menyokong pas? lantas dengan penuh keyakinan,sahabatku menjawab sokong wajib, bersekongkol haram. Sokong wajib mudah aku faham. Tetapi bersekongkol haram, memang aku tak faham. Walaupun aku cuba buat-buat faham tetapi memang ternyata aku sukar nak faham. Aku cuba fahamkan diriku dengan meminta penjelasan dari sahabatku supaya aku menjadi lebih faham tentang bersekongkol itu hukumnya haram. Pelik jugak, hukum itu. Katanya itu adalah pendapat salah seorang tuk gurunya bila diajukan soalan tentang hukum menyokong pas. Memang dia faham sebab dia sudahpun difahamkan oleh tuk gurunya yang sudah maklum faham tentang segala hukum hakamnya. Yang masih lagi tak faham ialah aku yang sengaja tidak mahu difahamkan oleh sahabatku. Akhirnya bila sahabat ku nampak aku memang beria-ria nak fahamkan apa yang tak faham itu maka dia pun menghuraikan satu persatu tentang benda yang aku tak faham itu. Rupa-rupanya bersekongkol itu menyokong segala tindak tanduk pemimpin pas yang melencong dari landasan perjuangan sebenarnya. Maka dari saat itu kita tidak perlu lagi berbaiah kepada pemimpin jenis ini. Baru aku faham maksud yang aku sukar nak faham sebelum ini. Teringat aku dalam usrah tadi...ada seorang pemimpin yang menuduh seorang muslimat berlaku curang sehingga mengeluarkan perkataan jalang. Entah betul, entah tidak tuduhan itu kerana peminpin yang bertaraf ustaz itu tidak pernah mengemukakan bukti mahupun saksi. Yang lebih teruk lagi pemimpin yg bertaraf ustaz itu sanggup membelakangi adab kesusilaan dengan melihat bekas jawatan yang disandang berkurun lalu sebagai loncatan untuk naik lebih atas dalam medan politik yang dicipta sendiri bersama krew-krew yang taat setia tidak berbelah bahagi. Maka dikerah krew-krew yang setia taatnya tidak berbelah bahagi itu untuk membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan yang tidak ada asas sama sekali kepada pemimpin yang jugak bertaraf ustaz dan bergelarYB. Kesian ustaz bergelar YB itu terpaksa jadi mainan kepada pemimpin yang bertaraf ustaz itu. Akhirnya baru aku benar-benar faham dan sekarang aku boleh faham dan mungkin orang lain tak faham yang aku sedang faham sekarang ni. Rupa-rupanya masih lagi ada orang tak faham tentang adab-adab persahabatan, adab-adab perjuangan dan segala jenis adab yang aku yakin seorang pemimpin yang bertaraf ustaz sepatutnya sudah lebih dari faham. Apa-apapun aku terpaksa fahamkan diriku apa yang aku faham daripada sahabatku bahawa sokong wajib, bersekongkol haram. Mungkin aku tidak bersekongkol dengan pemimpin yang faham segala jenis hukum tetapi tidak faham segala jenis adab perjuangan.

by: sengaja bagi kauorang tak faham.